WE ARE HIRING

PENGAWAL KESELAMATAN

Full-time · MYR1,200/month

 

CENTERPOINT SEREMBAN sedang mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan PENGAWAL KESELAMATAN untuk kemasukan segera.

CALON YANG BERPENGALAMAN ADALAH SANGAT DIALU-ALUKAN.

Senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang pelaksanaan tugas-tugas seperti berikut :

 

1. KAWALAN PINTU MASUK
a. Memastikan pengunjung-pengunjung mematuhi SOP sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis.
b. Memastikan hanya kontraktor-kontraktor dan pelawat-pelawat yang mempunyai Pas Kontraktor dan Pas Pelawat sahaja yang dibenarkan masuk.
c. Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang keluar masuk ke kawasan premis.
d. Menghubungi pihak pengurusan premis dan pihak berkuasa berkaitan dengan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian,pencerobohan dan sebagainya.
e. Semua pengawal hendaklah memahami dan mahir mengenai peraturan keselamatan premis serta melaksanakannya.
f. Menjaga dan mengawal laluan keluar/masuk kenderaan.

 

2. KAWALAN KAWASAN DAN BANGUNAN
a. Membuka pintu dan menutup pintu lif barang-barang sepertimana diarahkan oleh pihak pengurusan premis.
b. Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan tidak dicerobohi oleh individu-individu yang tidak berkaitan.
c. Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan keselamatan kawasan/ bangunan dan tempat bertugas.
d. Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku laporan harian yang disediakan oleh pihak syarikat.

 

3. SAHSIAH DIRI
a. Sanggup bekerja shift, hujung minggu dan hari cuti am.
b. Boleh bekerjasama dengan semua pihak
c. Sentiasa berdisiplin dan positif dalam menjalankan tugas.
d. Sentiasa menjaga nama syarikat dan amanah.

 

> KLIK UNTUK MEMOHON